PULLBACK FOREX BLOG

PULLBACK FOREX BLOG

Download dan install indikator yang akan memberi paparan news dari forexfactory.com. UBAH SETTING IKUT KESESUAIAN ANDA Klik button di bawah.

TEKNIK ENTRY

TEKNIK ENTRY PASARAN

Teknik entry adalah berkait-terus dengan pilihan strategy anda yang ditentukan melalui analisa candlestick dan support resistance.

  1. Buy sahaja
  2. Sell sahaja
  3. Buy dan Sell

Digalakkan untuk memilih satu strategi sahaja agar membantu anda menjadi trader berdisiplin selain memberikan anda advantage ketika pasaran mengelirukan.

Ia juga boleh membantu anda lebih berdisiplin selain mengelakkan entry yang celaru ketika hilang rentak dalam trading(keliru buy salah, sell pun salah).

Dalam sesuatu trend samada uptrend ataupun downtrend, akan ada pola pergerakan retracement atau correction sebelum pergerakan itu diteruskan(continuation).

Trader yang mahir mengesan pergerakan ini boleh mengambil strategi buy dan sell bergantung kesesuaian trend pada waktu itu.

Setelah menentukan strategi apakah yang anda akan laksanakan, seterusnya anda hanya perlu mencari teknik entry apakah yang mengikuti strategi anda. Sebagai contoh anda memilih buy sahaja, oleh itu carilah mana-mana kaedah entry yang sesuai dengan buy itu seperti break resistance, ataupun reject di atas support.

Jika memilih buy dan sell, maka anda perlu cari kedua-dua teknik entry selaras dengan buy dan sell. Ini mungkin sedikit sukar berbanding memilih satu strategi sahaja.

Teknik entry

  1. Breakout
  2. Rejection

Breakout

Sesuatu price melepasi atau menembusi SNR. Candlestick akan close di luar SNR tersebut menandakan ia sudah menembusi SNR itu. Breakout juga petanda trend sudah berubah dan menjadi confirmation/pengesahan kepada sesuatu trading plan.

SNR adalah harga. Senarai SNR harga akan dipaparkan di bahagian kanan graf. Harga semasa akan berubah setiap minit, jam, hari dan bulanan.

Breakout adalah keadaan price yang sudah menembusi sesuatu SNR lalu membentuk price tertinggi baru ataupun price terendah baru.

Price menembusi sesuatu harga tertinggi dan membentuk NEW HIGH atau harga tinggi baru.

Garisan merah adalah paras Support yang ditembusi lalu membentuk harga terendah baru.

Rejection

Price menyentuh sesuatu SNR kemudian rejected. Rejection candle akan terbentuk pada waktu ini. Oleh trader akan menggunakan kemahiran membaca candlestick pattern untuk dapatkan entry berdasarkan rejection tersebut.

Rejected adalah situasi candlestick reversal signal(CRS) terbentuk setelah menyentuh sesuatu support ataupun resistance.

  • Rejection candle di atas support adalah bermaksud trend akan menaik.
  • Rejection candle di bawah resistance adalah bermaksud trend akan menurun.

Keperluan untuk mengesan candle signal ini

Anda perlu memahami pattern-pattern candle dan perlu memahami SNR yang valid untuk anda lihat potensi reversal seperti dalam gambar.

Candlestick dalam gambar adalah dalam kategori single candle signal. Anda juga perlu kaji dan fahami formasi candle melebihi dari satu single candle.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *